Kim Kardashian West terpalit dengan kontroversi dadah pula apabila seorang peminatnya di laman Twitter memuat naik semula gambar selfie isteri kepada Kanye West itu yang mana menerusi gambar tersebut terlihat seakan segaris taburan serbuk berwarna putih yang disamakan dengan dadah jenis kokain.
Selebriti berpengaruh ini menolak tuduhan itu dan terus memberikan penjelasan lanjut mengenainya menerusi Twitter.
Ohhhhhh @KimKardashian caught out with cocaine .. durtayyyyy pic.twitter.com/ZCnRcpmLSA
— Doireann (@Doirs19) July 11, 2017
Tulisnya, “Saya tidak mahu bermain-main dengan khabar angin sebegini dan saya mahu ia ditutup dengan segera. Ia sebenarnya adalah taburan gula dari gula-gula yang dibeli dari kedai manisan Dylan.”
I do not play with rumors like this so I'm gonna shut it down real quick. That's sugar from our candy mess from dylan's candy shop https://t.co/oICdPQVi8d
— Kim Kardashian West (@KimKardashian) July 11, 2017
Penjelasan Kim dilihat legit kerana dia berada di kota New York pada hujung minggu lalu dan telah membawa anak perempuannya, North membeli snek manisan di sana.