Kim Kardashian dan Kanye West sering menjadi tajuk berita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Nama mereka semakin hangat apabila Kim membuat permohonan untuk bercerai dengan Kanye yang dikahwininya sejak tahun 2014.
Sejak itu, pelbagai laporan diterbitkan mengenai bagaimana mereka menangani situasi tersebut dan apa yang menanti mereka di masa hadapan. Yang jelas, kedua-duanya tinggal berjauhan sementara menunggu proses perceraian selesai.
Namun ia tidak menghalang Kim daripada menunjukkan sedikit tanda sokongan kepada suaminya. Beberapa hari lalu, dia memuat naik beberapa foto dirinya menyarung persalinan serba kuning termasuk sandal Yeezy, jenama milik Kanye yang masih belum memasuki pasaran.