Kini kedua-dua selebriti ini sedang berdepan dengan realiti baharu sementara menunggu perkahwinan mereka berakhir secara rasmi. Kim dan Kanye juga menjaga empat cahaya mata secara bergilir-gilir namun tidak lagi bertentang mata sejak beberapa bulan lalu.
Walau berdepan dengan perubahan, Kim nampaknya berjaya menemui ketenangan hidup. Menurut sumber, dia meluangkan masa sebagai wanita bujang untuk bertemu rakan-rakan yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan kepadanya.
Dia juga dilihat menghabiskan kebanyakan masa bersama anak-anak dan dirakam menikmati percutian musim panas bersama baru-baru ini.
Foto: Instagram