North West baru sahaja berusia tiga tahun tetapi kini dia sudah memulakan kerjayanya dengan menjadi model dan pereka fesyen.
Kim Kardashian West menerusi aplikasi Snapchat mendedahkan rekaan koleksi pakaian kanak-kanak baru dari anaknya iaitu North West.
Bintang realiti TV ini juga mendedahkan yang mana anak kecil mereka ini turut menyalurkan pertolongan dengan memilih rona dan fabrik untuk outfit pertama rekaannya ini.
Dirakam secara kandid di dalam video Snapchat tersebut, North kelihatan comel menayangkan outfit terbarunya. Menerusi video pendek tersebut, North mengenakan dress sequin rona kuning menyala bersama dengan kot shearling berona chartreuse.
Menerusi video tersebut, Kim turut sertakan kenyataan “Kanye & my kids line coming soon! #sequindress #shearlingcoat “.
Umum tahu yang Kim dan Kanye kedua-duanya tidak lari dari dunia fesyen. Pada musim luruh 2014, Kim melancarkan Kardashian Kids Line bersama adik-beradiknya iaitu Kourtney dan Khloé dan pada bulan September tahun lalu, West tampil dengan debut acara Yeezy Season 4 di New York City’s Roosevelt Island ketika minggu fesyen New York.
Bintang realiti ini mula memberikan pembayang untuk mengeluarkan koleksi fesyen kanak-kanak pada Jun tahun lalu pabila Kim memberikan sneak peek di blog miliknya tentang anak lelakinya iaitu pereka fesyen gerobok Saint.
Ujarnya, “Semestinya gerobok Saint tidak sempurna tanpa Yeezy 350s bersaiz kecil. Yeezy untuk kanak-kanak akan muncul tidak lama lagi!”