Dalam satu video kempen Skims sebelum ini, Kim mengakui bahagian tubuh kegemarannya adalah pinggangnya yang ramping. Justeru, adakah ia tidak cukup ramping sehingga perlu disunting? Seorang pengguna TikTok menulis:
“Semua orang mahu memiliki tubuh seperti Kim, tetapi hakikatnya Kim sendiri tidak mempunyai tubuh seperti Kim.”
Beberapa peminat kemudian menambah, “Bagaimana mereka boleh tidak perasan?” dan “Mereka menetapkan standard kecantikan yang mereka sendiri tidak boleh capai.”