Walaupun ramai yang terkejut, beberapa orang dilihat meluahkan kekecewaan mereka terhadap jenama ini.
“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana misi jenama itu menerapkan inklusiviti untuk semua bentuk tubuh,” tulis seorang peminat.
Seorang lagi menambah, “Sebab itulah wanita kena ingat, kita semua cantik dan kita tidak perlu bandingkan diri dengan mereka yang menggunakan photoshop.”