Kim Kardashian baru-baru ini telah membuat kenyataan mengharamkan setiap pekerja di hospital tempatnya melahirkan anak untuk membawa telefon bimbit kerana bimbang gambar atau wajah anaknya akan terbongkar kepada orang ramai. Dia telah membuat satu permintaan kepada kesemua pekerja di Cedars Sinai Hospital di Los Angeles untuk menyerahkan telefon bimbit mereka ketika dia dirawat di situ kelak.
BABY SHOWER MEWAH UNTUK KIM KARDASHIAN >>
BABY BOY UNTUK IRMA HASMIE DAN AYU RAUDHAH >>
Bukan sahaja Kim dikatakan tidak suka keadaannya ketika mengandung kerana mengalami alahan yang agak teruk dan kerap menangis, dia juga kini pening kepala mengenai pakaian yang harus dikenakan pada hari dia dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak.
KATIE HOLMES TAKUT BERCINTA LAGI >>
Dia sudah sibuk berbincang dengan penata gaya peribadinya mengenai baju yang bakal dikenakan ketika masuk dan keluar daripada hospital. Dia mahu kelihatan bergaya kerana dia tahu seluruh dunia memerhatikannya dan tidak mahu membuat kesilapan kala memilih pakaian kerana takut dikutuk.