Perpisahan itu disebabkan oleh komitmen kerja jarak jauh dan jadual kerja yang padat. Walaupun Kim dan Pete berpisah, peminat masih inginkan mereka untuk kembali bersama kerana suka cara Kim dan Pete menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
Pete kini sedang meluangkan masa musim panasnya di Australia dan sedang menjalani penggambaraan filem akan datang, Wizards!. Manakala Kim pula, sedang membesarkan empat anak iaitu, North, Psalm, Chicago dan Saint.