Berita mengenai hubungannya dengan bekas suami, “Perceraian masih sedang berjalan dengan Kanye,” kata Kim yang berkongsi dengan E!. Tambahnya lagi, “Saya sangat gembira dan rasa seperti dilindungi, ia adalah perasaan yang sangat baik untuk melalui waktu yang sukar dengan seseorang yang boleh mendamaikan perasaan anda,” kata Kardashian.
Mengimbas kembali detik awal pasangan tersebut berkenalan, Pete dan Kim secara rasmi berpacaran pada awal bulan November 2021. Pada masa itu, kedua-duanya kelihatan senang dan gembira bersama. Kedua-duanya mulai rapat selepas Kim dijemput menjadi hos Saturday Night Live pada bulan Oktober, dan percintaan mereka semakin hangat pada bulan-bulan berikutnya.
Artikel berkaitan: Diet Met Gala Kim Kardashian Tidak Selamat Untuk Dicuba