Boleh dikatakan baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, Kim Kardashian West dikhabarkan mahu menambah seorang lagi anak.
Kim Kardashian mendedahkan sama ada benar dia dan Kanye West sedang merancang untuk mempunyai anak nombor 4. Pasangan itu baru sahaja menyambut kelahiran bayi ketiga mereka menerusi ibu tumpang iaitu pada bulan Januari lalu.
Awal minggu ini laporan baru menyatakan yang pasangan ini sedang merancang untuk mendapat anak ke-4 pula. Jadi apa yang Kim jawab mengenai khabar angin terbaru ini?
Pengasas KKW Beauty itu menjelaskan tentang spekulasi itu menerusi sebuah interviu bersama E! News pada Selasa lalu di Beverly Hills.
“I don’t know, I don’t know, I read that, I read something…none of that was true,” Kim told us of the reports. “But I’ve been really open about it and talked about it on our show, so…I don’t know. We start filming season 16 next week, so if I think about it more and it’s gonna happen, you’ll definitely see it on the show,” jelas Kim. “But as of now, no.”
Peminat program realiti TV KUWTK pasti ingat di mana perjalanan Kim dalam mendapatkan bayi ketiga. Dalam sebuah episod program itu pada bulan November 2016, Kim mula mendapat idea untuk proses ibu tumpang selepas dua temu janji bersama dua orang doktor yang memaklumkan kepadanya yang mana ia amat berisiko jika dia mahu hamil sekali lagi. Kim pernah mengalami kesukaran ketika hamil anak pertama dan kedua dan dia dinasihatkan untuk tidak hamil sekali lagi kerana ia berisiko tinggi.
“Lately I’ve been thinking I would love to maybe have another baby. But like I had two really difficult pregnancies and really difficult deliveries so getting pregnant again it’s something that does concern me,” katanya.
Kim dan Kris Jenner menemui OB/GYN Dr.Crane yang mana menjelaskan kepadanya, “Here’s what I think, your pregnancies, you had toxemia, you had a retained placenta, very traumatic, we’re always worried about the next serious complication. I think the potential fear of the whole situation is legitimate. You never know that you might not have the same type of problem that might be more serious this time. You’re always taking a little bit of a chance. There are situations where retained placenta could be life and death.”
Selepas temu janji itu, Kim dan Kourtney Kardashian berjumpa dengan doktor pakar kesuburuan iaitu Dr.Huang untuk mendapatkan pendapat kedua. Dr.Huang juga percaya yang Kim akan mengalami risiko tinggi jika hamil sekali lagi. Namun dia memberi cadangan lain agar dia mencari khidmat ibu tumpang.