Saat kerjaya Kim Seon Ho berada di kemuncak, muncul satu kontroversi yang mencalarkan imej dan reputasinya dalam industri seni.
Nama Kim Seon Ho menjadi perbualan hangat sejak minggu lalu setelah dilaporkan memaksa bekas teman wanitanya menggugurkan kandungan dan menabur janji palsu untuk mengahwininya.
Dedah wanita yang dikenali sebagai ‘A’, mereka menjalin hubungan cinta pada tahun lalu dan pelakon itu mengarahkannya untuk melakukan pengguguran sebaik mengetahui dirinya hamil.