‘A’ pada awalnya enggan kerana disahkan mempunyai tubuh yang lemah dan sukar untuknya hamil jika kandungan tersebut digugurkan, namun dia akhirnya terpaksa beralah dan menurut kehendak Seon Ho.
Pelakon yang popular menerusi K-Drama Hometown Cha-Cha-Cha itu dikatakan sanggup membayar kos pengguguran berharga RM7,000 daripada menanggung kos kelahiran yang jauh lebih mahal iaitu RM3.1 juta.
Malah dia turut berjanji akan tinggal di bawah satu bumbung bersama ‘A’ tahun hadapan, mengahwininya dalam masa dua tahun lagi dan mula membina keluarga.