Namun malangnya ia sekadar janji palsu apabila Seon Ho kemudian mengugutnya dan memutuskan perhubungan mereka menerusi satu panggilan telefon empat bulan lalu atas sebab kemasyhuran dan kekayaan yang dimilikinya kini.
Beberapa hari selepas berita itu tersebar, pelakon berusia 35 tahun itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafannya.
“Saya bercinta dengan wanita ini dengan niat yang baik. Tetapi dalam proses itu, saya menyakitinya dan bersikap tidak bertimbang rasa. Saya ingin memohon maaf secara bersemuka namun masih menunggu masa yang sesuai. Buat masa ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepadanya menerusi kenyataan ini.”