Sehingga kini pelakon itu masih mengunci mulut mengenai kontroversi memalukan yang melibatkan namanya.
Sebulan lalu, namanya menjadi perbualan hangat di kalangan peminat kerana memaksa bekas teman wanitanya menggugurkan kandungan dan menabur janji palsu untuk mengahwininya.
Disebabkan itu, dia disingkirkan daripada beberapa projek filem dan rancangan hiburan termasuk 2 Days & 1 Night musim keempat, Dog Days dan 2 O’clock Date.