Siri Tale Of The Nine Tailed lakonan Lee Dong Wook dan Kim Bum yang ditayangkan pada 2020 berjaya memikat hati peminat K-Drama dari seluruh dunia.
Ia berkisar tentang Lee Yeon (Lee Dong Wook), dewa gunung Baekdudaegan yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk menghidupkan kembali wanita dicintai, Yi Ah Eum (Jo Bo Ah). Dia kemudian menjalani kehidupan sebagai gumiho atau musang berekor sembilan dalam bentuk manusia selama beratus tahun.
Baru-baru ini peminat dikejutkan dengan satu khabar gembira bahawa drama fantasi popular itu akan kembali untuk musim kedua. Ia bakal menyaksikan Lee Dong Wook dan Kim Bum menghidupkan semula watak masing-masing sebagai adik-beradik.