Kim Soo Hyun adakan sidang media eksklusif, menafikan hubungan dengan Kim Sae Ron ketika masih dibawah umur, dakwa bukti keluarganya palsu.
Sebelum ini, pihak keluarga Kim Sae Ron mengadakan sidang media dan mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau telah dimanipulasi dan didera oleh Kim Soo Hyun.
Susulan itu, keluarga mendiang Sulli turut tampil menuntut jawapan mengenai adegan intim (18+ keatas) dalam filem Real. Selepas beberapa hari berdiam diri, akhirnya Kim Soo Hyun bersuara dalam satu sidang media yang penuh emosi dan linangan air mata.
Jika anda menyangka dia akan mengalah, ternyata jangkaan itu meleset. Sebaliknya, pelakon terkenal itu mempertahankan pendiriannya secara langsung di hadapan media.
Dalam sidang media tersebut, Kim Soo Hyun turut melabel dirinya sebagai pengecut kerana lambat bersuara mengenai isu ini. Tambahan lagi, beliau tetap menegaskan bahawa dia tidak pernah menjalin hubungan dengan Kim Sae Ron ketika pelakon wanita itu masih di bawah umur.
“Untuk menjelaskan perkara yang paling menjadi tanda tanya ramai: Saya tidak pernah bercinta dengan mendiang ketika dia masih di bawah umur. Dakwaan bahawa agensi kami memaksanya kerana hutang sehingga membawa kepada keputusannya yang tragis juga tidak benar. Kami adalah pasangan biasa yang berkongsi perasaan tulus dan akhirnya berpisah. Seperti kebanyakan bekas pasangan, kami tidak lagi berhubung selepas itu kerana ia dirasakan tidak wajar.”
“Membincangkan mesej yang dikatakan daripada Kim Sae-ron. Mesej KakaoTalk ini mempunyai terlalu banyak kesalahan untuk mempercayai bahawa [Kim Sae-ron] yang menulisnya. Ia adalah foto yang diambil pada tahun 2019.
Jika ia benar-benar daripada [Kim Sae-ron], dia tidak mungkin tersilap mengenai perbezaan umur antara saya dan dia. Dia juga tidak mungkin salah mengenai nama agensi dan tempoh kontrak. Selain itu, dia hanya dikontrak sebagai pelakon di agensi kami, bukan terlibat dalam pemilihan pelakon atau pengarahan visual.
Berita palsu dan bukti palsu semakin bertambah hanya kerana kami pernah bercinta.
Keluarga [Kim Sae-ron] mendedahkan perbualan KakaoTalk dalam satu sidang media. Dalam saluran YouTube itu, mereka memfitnah saya sebagai pedofil dan menuduh saya melakukan ‘grooming’ berdasarkan perbualan KakaoTalk kami pada tahun 2016.
Individu yang berbual dengan pelakon yang telah meninggal dunia itu adalah berbeza dalam perbualan KakaoTalk pada tahun 2016 dan 2018. Bagi membuktikan perkara ini, saya telah meminta analisis terhadap perbualan KakaoTalk yang didedahkan oleh keluarga pelakon tersebut pada tahun 2016, 2018 dan tahun ini.
Pihak agensi menunjukkan bahawa perbualan pada tahun 2016 dan 2018 dibuat oleh individu yang berbeza. Terdapat bukti dalam bentuk foto, video dan perbualan KakaoTalk yang bukan asli tetapi telah dimanipulasi dengan bijak.