Kematian Kim Sae Ron kembali tular akan dakwaan mengenai Kim Soo Hyun pernah menjalin hubungan dengan Kim Sae Ron sejak usianya 15 tahun dan menjadi punca gadis berusia 24 tahun itu membunuh diri.
Spekulasi ini semakin memuncak apabila saluran YouTube kontroversi, Garo Sero Institute, menyiarkan dakwaan bahawa Kim Soo-Hyun dan Kim Sae Rom pernah bercinta selama enam tahun dan Kim Soo Hyun kemudian ‘menghilang’ darinya.
Tindakan Soo Hyun membuatkan Sae Ron nekad membunuh diri pada tarikh lahir pelakon My Love From The Star, 16 Februari.
Menurut laporan, Kim Sae Ron dilaporkan telah menyertai syarikat Gold Medalist, yang diasaskan oleh Kim Soo Hyun dan bekerja tanpa bayaran sambil membantu melatih pelakon baharu. Namun, selepas insiden DUI pada 2022, dia menerima pinjaman sebanyak 700 juta won daripada Kim Soo Hyun tanpa tarikh akhir pembayaran balik.
Dakwaan timbul bahawa dia kemudian menerima notis rasmi untuk membayar hutang tersebut tetapi tidak dapat menghubungi Kim Soo Hyun untuk mendapatkan penjelasan.
Kim Sae Ron juga dikatakan telah menyediakan satu kenyataan yang tidak pernah diterbitkan, di mana dia menyatakan bahawa mereka mula bercinta pada 19 November 2015 dan berpisah pada 7 Julai 2021.
Sementara itu, bapa Kim Sae Ron menyalahkan bekas wartawan yang kini menjadi YouTuber, Lee Jin Ho, kerana mempengaruhi keadaan mental anaknya sehingga membawa kepada tragedi.
Bagaimanapun, Gold Medalist telah menafikan dakwaan bahawa Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron mempunyai hubungan romantik dan menegaskan bahawa gambar yang dimuat naik oleh aktres itu tahun lalu hanyalah gambar lama mereka semasa masih bekerja dalam syarikat yang sama.
Sehingga kini, isu ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan peminat dan netizen, dengan pelbagai spekulasi yang terus tersebar di internet.