Mak sedara Kim Sae Ron mendakwa bahawa foto yang dimuat naik pada akhir Mac adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian Kim Soo Hyun selepas GOLD MEDALIST menuntut bayaran balik pinjaman pada awal bulan itu, walaupun dia telah meninggalkan agensi tersebut pada 2022.
Kim Sae Ron didakwa berasa terdesak dan cuba menghubungi wartawan, tetapi ada yang meragui identitinya. Akibat kekecewaan, dia memuat naik gambar mesra dengan Kim Soo Hyun sebagai usaha terakhir untuk menarik perhatiannya.
Pada masa yang sama, komen negatif oleh bekas wartawan yang kini menjadi YouTuber, Lee Jin Ho, didakwa menyebabkan tekanan emosi yang teruk kepadanya.