Isteri kepada Rain, aktor dan penyanyi popular Korea iaitu Kim Tae Hee kini disahkan hamil 15 minggu.
Berita itu disahkan oleh agensi pengurusan Kim Tae Hee, Ruach Entertainment.
“Kim Tae Hee kini sedang hamil 15 minggu. Dia perlu menjaga kesihatannya. Pasangan ini juga percaya peminat-peminat perlu tahu terlebih dahulu akan berita gembira ini kerana peminatlah yang sentiasa menyokong mereka selama ini,” kata agensi.
Agensi tersebut turut mengatakan yang mana Kim Tae Hee akan memberikan tumpuan kepada penjagaan pranatal dan bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Rain dan Kim Tae Hee telah berkahwin pada bula Januari tahun ini.