Berita sedih buat peminat bintang Korea terkenal, Kim Woo Bin kerana dia disahkan menghidap penyakit kanser Nasopharynx.
Label sidus HQ yang menguruskan Kim Woo Bin berkongsi berita itu dalam satu kenyataan rasmi tentang aktor itu selepas dia mendapatkan pemeriksaan dari doktor.
Kanser Nasopharynx merupakan penyakit kanser yang melibatkan kepala, leher dan telinga. Pelakon popular ini dikatakan bakal memfokuskan pada rawatannya dan akan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung penyakit Kim Woo Bin.
“Hello, kami dari sidus HQ. Ini merupakan kenyataan berkenaan penyakit yang dihidapi Kim Woo Bin. Kami ingin berkongsi secara rasmi berkaitan kondisi Kim Woo Bin secara penuh memandangkan ramai peminat yang mula bimbang dan mahu mengetahui akan berita ini.
Ketika sibuk memenuhi kehendak jadualnya yang padat, Kim Woo Bin merasakan seakan tubuhnya menunjukkan sesuatu kondisi yang abnormal dan disebabkan itu dia terus pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sekaligus didiagnos dengan kanser Nasopharynx. Walaubagaimanapun, ia masih pada tahap awal dan dia sudah pun memulakan sesi rawatan dan terapi radiasi. Dia merancang untuk fokus pada rawatannya buat masa sekarang sebelum kembali menghiburkan peminat dengan kesihatan yang lebih baik, jadi doakan supaya Kim Woo Bin sembuh dengan secepatnya.
Kami sekarang ini sedang cuba menyusun atur semula jadualnya yang sebelum ini. Kami harapkan sokongan dari anda. Terima kasih.”