Perancangan Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova Sebagai Suami Isteri
Aktor Chinta Arjuna ini turut berkongsi mengenai majlis resepsi di Kazakhstan dan perancangan cahaya matanya bersama isteri. “Kami tidak merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sana, tetapi tentunya kami akan balik ke sana nanti. Soal cahaya mata pula, rasanya bukan dalam masa terdekat. Kalau boleh tak mahu ramai anak sebab kami akan selalu ulang alik ke Kazakhstan dan Malaysia.”

April lalu Fadlan mengumumkan dia telah pun bertunang dengan Aiya dalam majlis yang berlangsung di kediaman keluarga gadis itu di Kazakhstan pada 1 Oktober 2022.
“Saya berjumpa dengan keluarganya sendiri di Khazakhstan pada Oktober tahun lalu. Majlis pertunangan kami hanya berlangsung secara ringkas dan melibatkan ahli keluarganya sahaja. Alhamdulillah proses pertunangan berjalan lancar. Saya tidak bermaksud menyorokkan pertunangan, cuma tidak mahu terlalu berkongsi. Takut yang dirancang tak menjadi,” jelasnya.
Dalam satu wawancara, pelakon Sayang Tak Dikenang itu berkata dia bertemu bakal isterinya buat kali pertama di sebuah pusat kecergasan pada tahun lalu. Dia menyifatkan Aiya sebagai antara wanita yang paling memahami dirinya. “Dia seorang wanita yang cantik di mata saya. Kami banyak persamaan. Saya boleh katakan dia antara insan paling serasi setakat ini,” katanya.

Baca: Fadlan Hazim Berkongsi Proses & Ujian Meminang Wanita Khazakhstan