Who is Liesl-mae? Lagu terdahulunya yang berjudul Solace dan Headspace mendapat tarikan ramai dan terkini, dia tampil dengan single terbaru, The Trip bergandingan dengan teknologi Apple Spatial Audio. Liriknya juga turut menarik perhatian EH!
There’s more to life than choosing to escape. Begitulah kata-kata dalam bait-bait rasa yang diluahkan dalam lirik lagu Liesl-mae yang baru, The Trip (dan juga yang lama). Benar, it’s okay to not be okay. Adakala kita perlu luahkan rasa nan pedih bagi memperingati kesedihan dan setelah itu bersedia untuk bangun semula dalam mencari makna kehidupan yang baru sekali gus mengubati luka lama. Saya sempat menemubual bersama Liesl-mae tentang single terbarunya dan projek terkininya bersama Apple Spatial Audio.
Apple Spatial Audio ialah teknologi audio 3D yang mencipta skap bunyi yang lebih mengasyikkan dengan produk Apple yang serasi menggunakan head tracking dinamik untuk pengalaman ‘seperti teater’. Dengan Apple Spatial Audio ia seolah-olah mendengar bunyi “hampir di mana-mana” di hemisfera. Apa jua bunyi daripada filem atau video yang anda tonton, bunyi itu kelihatan seperti datang dari sekeliling anda. Saya yang ditemani Nik Mustaza (Taja) Immersive Producer dan Megat Sazali Immersive Engineer, masing-masing daripada Scifi Studio juga Liesl-mae artis naungan label Sony Entertainment, OFFMUTE berada di studio untuk mendengar sendiri bunyi-bunyian yang terhasil melalui projek ini. Sungguh mengasyikkan!
Ikuti temu bual saya dan Liesl-mae baru-baru ini.
What is your kind of music?
Memandangkan ini adalah kali pertama saya bersama dengan label Sony Entertainment, OFFMUTE, saya masih dalam fasa percubaan. Jadi, saya tidak dapat menentukan dengan tepat apa sebenarnya citarasa muzik saya. Namun pada dasarnya apa yang saya suka lakukan setakat ini ialah menghasilkannya secara peribadi dan memberi penekanan pada instrumen dalam lagu. Saya suka mendengar instrumen itu dan unsur-unsur muzik di dalamnya. Dari segi lirik pula, jika saya boleh memilih perkataan untuk menggambarkannya, ia adalah suatu yang sangat intim dan peribadi.
Mana datangnya inspirasi di sebalik setiap single Liesl-mae?
Ia mengambarkan keadaan, sama ada tertekan atau terbeban namun di penghujung lagu hanya mahu mencari ketenangan – sama ada ia di suatu tempat atau sesuatu yang ingin dicapai. Jadi inspirasi di sebalik lagu single saya kesemuanya adalah bila saya melaluinya fasa berduka itu sendiri. Saya hanya mahu berjuang dan mencari kedamaian. Ketika itu, saya rasa huru-hara, jadi saya duduk dan cuba untuk menulis lagu. Saya meletakkan perasaan saya ketika itu dalam penulisan lirik. Begitulah lagu Headspace dilahirkan, hanya bermula dengan lirik kerana saya sedang melaluinya ketika itu. Jadi kata-kata itu sudah ada di kepala langsung lirik lagu didahulukan, kemudian melodi dihasilkan untuk mencantikkan lagi lagu tersebut. Kemudian, ketika merakamnya di studio, penerbit saya juga turut memberi input kepada lagu itu.