Siapakah idola muzik tempatan dan juga antarabangsa anda?
Dodie. Seorang YouTuber dan kemudian mula menghasilkan dan menyanyikan lagu sendiri. Karya asal dihasilkan sendiri. Sejak umur saya 13 tahun, saya sudah mula menonton videonya dan melihat dia berkembang menjadi seorang artis yang hebat. Saya sangat mengagumi cara dia menulis muzik, cara penghasilan lirik yang amat peribadi. Dan yang terbaru ialah Lizzy McAlpine yang pada pendapat saya dari segi gaya penulisan liriknya, ia agak serupa dengan Dodie dan mungkin itulah sebabnya saya juga meminati Lizzy. Dia lebih muda daripada saya namun sangat berbakat dan saya sangat gemar cara dia menulis. Jika ditanya idola tempatan saya tentulah Zee Avi. Saya membesar mendengar lagu-lagu Zee Avi dan saya sangat menikmati muziknya. Lagu favourite saya ialah Bitter Heart. Ya, lagu itu terlekat di kepala berhari-hari ketika mula-mula mengenalinya. Saya sangat mengaguminya!
Apakah jenis feelings yang ingin anda terjemahkan kepada pendengar dan bagaimana Spatial Audio memainkan peranan dalam mencapai rasa yang anda inginkan?
Dengan lagu Headspace, rasa yang saya mahu pendengar rasakan adalah tentang rasa terharu. Jadi saya mahu bunyi itu sendiri menjadi penenang, rasa santai supaya apabila pendengar mendengarnya, mereka boleh merasa lega. Dengan mainan Spatial Audio, apabila ia disatukan dan lagu didengari dari sekeliling anda, ia benar-benar meletakkan anda di dalam lagu itu. Contohnya, jika anda menutup mata dan cuba menikmati lagu Headspace dalam versi Spatial Audio, ia membantu untuk mengeluarkan perasaan yang menenangkan – seperti anda benar-benar tenggelam dalam lagu itu.
Selain daripada Spatial Audio, apakah projek seterusnya yang sedang anda usahakan?
Yang paling terdekat adalah single seterusnya yang akan datang tidak lama lagi. Akhir tahun ini, kami juga akan melancarkan E.P dan ia merupakan pencapaian terbesar saya setakat ini.