Daripada perspektif penulis lagu dan penyanyi, bagaimana Spatial Audio mempengaruhi penciptaan muzik anda?
Ia bertindak sebagai unsur keasyikan. Anda boleh menyesuaikan dan menghasilkan lagu dengan cara yang bukan sahaja dengan apa yang anda dengar, tetapi apa yang anda rasa yakni keseluruhan persekitaran anda. Ya, ia memerlukan pengalaman mendengar ke tahap yang lebih tinggi, dan anda bukan sahaja mencipta lagu, tetapi anda juga mencipta suasana dan persekitaran untuk anda meletakkan diri sendiri ke dalam melodi dan bunyian yang terhasil apabila mendengar lagu itu. Sebagai seorang penulis lagu dan penyanyi, itu adalah aspek baru yang sangat menarik dalam penghasilan muzik alaf baru.
Apakah hasrat Liesl-mae untuk single akan datang dalam mencipta mood atau pengalaman baharu untuk pendengar?
Dalam single saya yang akan datang, bunyi itu sendiri akan lahir berbeza. Ia lebih dramatik lagi lebih ceria langsung mencipta kebebasan dalam suasana yang berbeza. Melalui lagu Headspace, saya mencipta satu suasana untuk perjalanan yang akan datang dengan membayangkannya. Jika saya dapat membayangkan lokasinya, ia adalah di angkasa lepas iaitu planet, bintang atau apa sahaja. Saya terapung di sekitar angkasa. Dan kemudian dengan lagu The Trip, saya membayangkan diri saya, seperti di padang rumput berlari-lari mewakili momen watak utama saya. Saya dapat mencipta adegan yang berbeza untuk diri saya sendiri dengan bunyi dan dengan ruang yang tersedia untuk dipilih.
Sebagai seorang penulis lagu dan penyanyi, apakah harapan anda untuk industri muzik?
Teruja untuk live show kembali kerana sejak dua tahun lalu dengan Perintah Kawalan Pergerakkan COVID-19, industri muzik kita seakan tersekat dan segala pelan tidak dapat tercapai. Harapan saya untuk industri muzik akan datang adalah kita boleh mula kembali perlahan-lahan, seperti sesi jamming live, konsert dan segala-galanya. Saya berharap kita semua boleh mengalami kehidupan bersama muzik sebenar seperti sedia kala.
Artikel berkaitan: Heaven, Kolaborasi Istimewa Diana Danielle Dan Calum Scott
Gambar: Sony Entertainment