“Mads, anda telah memberikan yang terbaik. Bukan hanya untuk filem ini malah juga untuk anak perempuan saya. Saya tidak akan sesekali melupainya,” katanya.
Apa yang dimaksukan pengarah ini adalah kematian anak perempuannya, Ida yang meninggal dunia pada usia 19 tahun, empat hari sebelum penggambaran Another Round.
Menerusi wawancara bersama Vulture, dia berkata filem ini bukan hanya mendapat pengesahan Ida, malah juga dirancang untuk menjalani penggambaran di sekolah anaknya itu. Ida juga sepatutnya turut berlakon di samping Mads.