Teks : Izzati Saadin
Setiap orang punya dugaan dan jalan hidup masing-masing, seperti juga pelakon tempatan, Zarina Zainuddin yang tidak terkecuali dengan cabaran membesarkan anak istimewa autistik.
Jika anda dapati anak-anak atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri autism, jangan panik!. Walaupun penyakit autisma tidak boleh disembuh, ia sebenarnya boleh dirawat dengan sabar.
Lihat saja bagaimana selebriti Zarina Zainuddin menguruskan anak kembar autistiknya dengan penuh sabar. Ternyata dia menerima ketentuan tuhan dengan redha, kerana baginya dia bersyukur, meski kedua-duanya anak Autisme, Tuhan tetap mengurniakan beberapa kelebihan pada keluarga mereka.