Walaupun tidak lagi bergelar menteri, peminat akan terus berpeluang ‘mendekati’ Khairy Jamaluddin tidak lama lagi.
Bekas menteri kesihatan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ bakal menghiburkan para pendengar selepas menerima tawaran baru daripada Hot FM sebagai penyampai radio.
Bakal memulakan tugas pada 15 Februari, bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menggegarkan segmen Bekpes Hot di samping tiga lagi penyampai popular iaitu Fara Fauzana, Johan dan AG.