Khairy mengesahkan perkara itu menerusi panggilan telefon dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG dan Datuk AC Mizal semalam.
“Minggu depan? Hmm, nak jadi penyampai radio? So kena bangun awal ya? Okey, okey. Let me check my schedule. Minggu depan hari Isnin free, free, free, free… Eh, I tak ada kerjalah,” selorohnya sebelum menyatakan persetujuan.
Menerusi satu kenyataan, Media Prima Audio (MPA) turut mengesahkan perkara itu dan berkongsi butiran lanjut mengenai tawaran yang dibuat kepada Khairy.