“Minggu lalu, tawaran oleh Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di laman Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.
“Bertepatan dengan tagline stesen, Yang Hangat dan Terbaik, kehadiran KJ (Khairy) bersama tonggak utama Bekpes Hot pastinya akan memberikan suntikan baharu buat Hot FM dan warna yang lebih menarik untuk segmen tersebut.”
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran memaklumkan peluang itu disambar oleh Hot FM untuk memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan, sekali gus menarik lebih ramai pendengar baharu.