Tambahnya, Khairy bukan sahaja seorang ahli politik dan pemimpin hebat tetapi juga mempengaruh yang mempunyai impak besar terhadap rakyat Malaysia.
“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi juga merupakan dimensi baharu untuk landskap radio negara.
“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar,” katanya.
![Khairy Jamaluddin](https://cdn.remaja.my/2023/02/80807264_1289971571197404_6403433003193062208_n.jpg)