Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini menyaksikan barisan pemenang yang telah diundi oleh pembaca EH! tampil penuh bergaya menerima anugerah masing-masing. Anugerah Stail EH! 2014 diadakan di Connexion@Nexus itu dibawakan bersama oleh A|X Armani Exchange dengan sokongan Suria FM, Murai.com.my, Hip TV dan Harian Metro. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis serta pembaca yang mengundi pilihan mereka.
Jom saksikan aksi menarik sepanjang majlis berlangsung.
[soliloquy id=”79363″]
Berikut adalah senarai pemenang:
Anugerah Stail EH! 2014 – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Nur Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak – Keith Foo
Selebriti Wanita Paling Seksi – Nabila Huda
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Adi Putra
Selebriti Paling Fotogenik – Scha Alyahya
Selebriti Pencapaian Terbaik – Hafiz Suip
Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Datuk Siti Nurhaliza
Pasangan Selebriti Pilihan – Awal Ashaari & Scha Alyahya
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Selebriti Pilihan – Rizman Ruzaini
Model Majalah Pilihan – Deanna Ibrahim
Selebriti Harapan Pilihan – Emma Maembong