Joe mengakui telah lama meminati Snoop Dogg dan teruja apabila dapat bekerjasama dengan idolanya semasa kecil termasuk Method Man dan Redman.
“Saya mengikuti perjalanan kerjaya Snoop Dogg sejak tahun 1993. Di sekolah ada rakan yang menggelar saya Joe Snoop kerana sering ulang pakai tiga baju penyanyi itu.
“Method Man dan Redman juga merupakan legenda industri hip-hop. Mereka juga membuatkan saya jatuh cinta dengan muzik rap sebelum bergelar penyanyi,” ujarnya.