Dengan kolaborasi terbaharu bersama Snoop Dogg ini, Joe mengakui impiannya tidak terhenti di situ.
“Impian yang seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaru saya, Johan yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.”
Ini bukanlah kali pertama Joe menjalin kerjasama dengan artis antarabangsa. Dia pernah berduet dengan Warren G ketika bergelar ahli kumpulan Too Phat pada 2003. Januari lalu, dia turut bekerjasama dengan penyanyi Korea Selatan, Jay Park menerusi lagu Ciao di samping MK K-Clique.
Foto: Jazzborneo/AP
Baca: “Memalukan!” – Joe Flizzow Selar Temu Bual Babak Rogol Yang Tular