Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Clinique
Penyanyi pop sensasi yang terkenal dengan lagu hit All About That Bass dan terbaru Lips Are Moving Meghan Trainor dipilih untuk berkolaborasi dengan jenama kecantikan antarabangsa Clinique dengan projek istimewa edisi terhad beg kosmetik yang direka sendiri oleh Meghan Trainor berserta senarai produk koleksi bibir pilihannya.
Meghan yang juga pengguna setia rangkaian gincu dari Clinique turut berkongsi rutin kecantikannya serta pengalamannya mengenali dunia kecantikan. Melalui wawancara yang dirakamkan, Meghan turut berkongsi kisah awal dia mencuba solekan sewaktu kecil. Memori berharga baginya adalah ketika ibu memberikan gincu pertama kepadanya kerana Meghan mempunyai bibir yang nipis dan kecil. Semenjak dari itu, gincu merupakan satu alat solekan yang amat penting baginya.
“Saya sukakan produk Clinique dan ia satu penghormatan bagi saya kerana diberi peluang ini. Rekaan bagi beg kosmetik tersebut juga satu proses yang menyeronokkan dan saya harap peminat-peminat menyukainya!” ujar Meghan.
Meghan yang gemar menggunakan rona hitam dalam pemakaiannya akan memastikan solekan satu keutamaan untuk dicuba dengan rona-rona yang lebih berani seperti merah hangat untuk pilihan rona gincu. Ditambah lagi, Meghan menyatakan yang dia tidak sabar untuk mengoleskan gincu rona merah menyala ketika menghadiri The Grammy Februari 8 nanti kerana baginya, ia merupakan kali pertama untuk hadir ke hamparan karpet merah dengan merah merah hangat. Meghan merupakan antara penyanyi hebat yang menerima pencalonan untuk anugerah Grammy bagi lagunya yang bertajuk All About That Bass dan Lips Are Movin.
EH! dapatkan senarai koleksi produk bibir dari Clinique yang menjadi kegemaran Meghan adalah seperti berikut untuk anda dapatkan segera di kaunter atau butik kecantikan Clinique.
1. Clinique Chubby Stick Baby Tint in Poppin’ Poppy
2. Clinique Long Last Glosswear in Kissyfit
3. Clinique Long Last Glosswear in Tenderheart
4. Clinique Long Last Glosswear in First Date
5. Clinique Long Last Glosswear in Honeybunch
6. Clinique Long Last Soft Matte Lipstick in Mandarin
7. Clinique Long Last Soft Matte Lipstick in Petal
8. Clinique Long Last Soft Matte Lipstick in Beauty
Bagi Meghan, beg yang direka sendiri olehnya itu bersama Clinique merupakan sebuah beg solekan yang paling unik baginya dan dia ingin memastikan semua krew yang terlibat dalam jelajah bersamanya menggunakannya sebagai fanny pack. Dari rekaan beg kosmetik ini, Meghan menyebut perihal yang dia sukakan gemerlapan serta grafik bibir, jadi semestinya ia menjadi pilihan untuk mereka beg solekan ini.
Parti pelancaran album terbaru Meghan baru-baru ini diserikan dengan kerjasama dengan Clinique. Beg edisi terhad Meghan dari Clinique hadir dengan berinspirasikan solekannya dalam muzik video lagunya Lips Are Movin. Rias solekan Meghan pada malam parti pelancaran albumnya menggunakan sepenuhnya produk Clinique. Wajah Meghan tampak elegan dengan hasil solekan jurusolek terkenal Alison Christian.
Meskipun beg edisi terhad ini hanya boleh didapati di negara lain, produk-produk pilihan Meghan masih boleh didapati di Malaysia. Saksikan muzik video Meghan Trainor yang bertajuk Lips Are Movin untuk inspirasi solekan dari Clinique.