Taylor Swift kini ‘bersahabat baik’ dengan Woody, Buzz Lightyear dan Jessie!
Taylor Swift kembali mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan apabila mengumumkan sebuah kolaborasi mengejutkan bersama filem animasi Disney-Pixar, Toy Story 5.
Penyanyi terkenal itu mengesahkan bahawa beliau akan menyumbangkan sebuah lagu original khas berjudul “I Knew It, I Knew You” untuk runut bunyi filem berkenaan.
![]()
Countdown misteri ‘TS’ akhirnya terjawab.
Semalam, Swift mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memulakan kiraan detik di laman web rasminya yang menjanjikan satu pengumuman pada jam 2 petang.
Ramai mula membuat spekulasi bahawa ia berkait dengan projek filem Pixar yang telah lama dikaitkan dengannya.
Teka-teki akhirnya terjawab apabila Swift mengumumkan lagu baharunya yang akan dilancarkan pada Jumaat, 5 Jun, khas untuk Toy Story 5.

Lagu inspirasi Jessie, kembali ke akar country Taylor Swift.
Menurut kenyataan rasmi Walt Disney Studios, lagu “I Knew It, I Knew You” ditulis dan diterbitkan oleh Taylor Swift bersama Jack Antonoff. Lagu tersebut diinspirasikan oleh watak ikonik Jessie, si cowgirl daripada Toy Story.
Menariknya lagu ini juga dikatakan dengan kepulangan Swift ke akar muzik country, dengan gabungan gaya yang pernah membentuk identiti awal kerjaya muziknya.

“Saya memang selalu impikan ini” Taylor Swift
Swift turut berkongsi pengumuman tersebut di Instagram dengan foto dirinya dikelilingi bunga serta koleksi seni kulit single lagu berkenaan.
“Saya selalu bermimpi untuk menulis lagu tentang watak-watak ini sejak kecil ketika berumur 5 tahun menonton Toy Story 1,” tulisnya. “Saya terus jatuh cinta dengan Toy Story 5 selepas menontonnya secara peribadi dan saya menulis lagu ini sebaik sahaja pulang dari sesi tontonan itu.”

Dari spekulasi ke pengesahan
Sebelum pengumuman rasmi ini, Swift sudah beberapa kali mencetuskan teori Swifties sejak April apabila laman webnya memaparkan countdown misteri bertemakan awan seperti dalam Toy Story.
Poster “TS” dan simbol 13 awan yang muncul di pelbagai lokasi turut menguatkan spekulasi bahawa beliau terlibat dalam projek tersebut. Namun pada awalnya, pihak Pixar pernah menafikan khabar angin tersebut.
Kini, segala teka-teki itu akhirnya terjawab dengan pengesahan rasmi daripada Swift sendiri.

‘Toy Story 5’ bakal ditayangkan Jun ini
Filem Toy Story 5 dijadualkan menemui penonton pada 19 Jun, manakala soundtrack rasmi filem dilancarkan pada Jumaat, 5 Jun, khas untuk Toy Story 5.
