Kumpulan K-Pop paling popular, BTS dan pemenang anugerah Grammy, Megan Thee Stallion mengakhiri musim panas tahun ini dengan kejutan.
Tiga hari lalu, Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V, dan Jungkook melancarkan remix lagu hit mereka, Butter bersama Megan yang menyanyikan beberapa rangkap baharu – memberi suntikan unik dan segar kepada lagu tersebut.
Kolaborasi antara dua nama besar dalam industri muzik antarabangsa ini diumumkan pada 25 Ogos sebelum dilancarkan di saluran penstriman dan platform pembelian muzik dua hari kemudian.