Butiran mengenai lagu ini dikongsikan di saluran YouTube HYBE Labels, termasuk menerusi satu siaran media.
“Walaupun versi asal lagu ini padat dengan tenaga dan menampilkan keperibadian BTS yang berbeza-beza, versi terbaharu lebih segar dengan nyanyian rap Megan Thee Stallion.
“Kombinasi vokal BTS dan Megan yang berkarisma mencipta paduan muzik unik yang pasti dinikmati oleh para pendengar,” tulis kenyataan tersebut.