BTS melancarkan versi asal Butter pada 21 Mei lalu. Tidak sampai 24 jam dilancarkan, lagu ini memecah beberapa rekod YouTube dan Spotify serta mengungguli carta Billboard Hot 100 pada minggu pertama.
Ia berada di tangga teratas carta selama sembilan minggu dan kekal menjadi 10 lagu terbaik dalam carta Hot 100 selama 13 minggu. Kolaborasi bersama Megan ini dijangka akan melonjakkan kembali Butter ke tangga No. 1 dalam carta Billboard Hot 100.
Foto: Bandwagon.asia