Salah seorang ahli kumpulan BTS, Jin meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui koleksi barangan terbaharu yang direkanya dijual dengan harga yang agak mahal.
Dua hari lalu Hybe melancarkan Artist-Made Collection by BTS, koleksi barangan yang menampilkan rekaan istimewa setiap anggota kumpulan itu. Menurut syarikat tersebut, setiap ahli diberi tarikh berasingan untuk melancarkan koleksi masing-masing kepada peminat.
Koleksi pertama yang dilancarkan adalah barangan rekaan Jin iaitu bantal ergonomik dan set pijama yang hadir dalam dua variasi – ‘Good Day’ dan ‘Bad Day’ berwarna biru muda dan hitam.
Bantal ergonomik dijual pada harga RM240 manakala set pijama pula berharga RM415 sepasang. Harga tersebut dikatakan tidak termasuk kos penghantaran.
![MERCH] ARTIST-MADE Collection by BTS — US BTS ARMY](https://images.squarespace-cdn.com/content/v1/5aa2069c25bf02363bf5c7c4/1641180605755-G1E5OVLNCTN7IZBZ8URW/jin-artist-made-collection-by-bts-1.jpg)