Sejurus selepas berlangsungnya pelancaran pada 3 Januari, Jin memuat naik satu hantaran di laman Weverse buat tatapan peminat dan meluahkan rasa tidak percaya dengan harga jualan koleksi terbarunya.
“Memang saya minta mereka menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk menghasilkan set pijama, tetapi kenapa harganya terlalu mahal? Saya sendiri terkejut,” tulisnya.
Peminat dilihat berkongsi reaksi yang berbeza di media sosial mengenai harga jualan koleksi penyanyi itu. Ada yang beranggapan ia terlalu mahal dan tidak berbaloi untuk dimiliki, tetapi ada juga yang menyatakan kesanggupan untuk membelinya walau terpaksa ‘mengikat perut’ dan memotong perbelanjaan bulanan.
Menerusi satu siaran langsung di laman web itu, Jin berkata bahawa dia berharap para peminat akan memakai pijama tersebut seolah-olah ia adalah pelukan hangat.
"pajamas wrap you in a warm hug, they say “you did well, today” – jin pic.twitter.com/RPCjY5vvxE
— tonni⁷ (@jtoni_n) January 2, 2022