Selain Jin, RM turut mengatakan dia tidak mengetahui harga barangan yang direkanya iaitu loceng angin dan seluar joging yang masih belum dijual di pasaran.
Koleksi barangan yang dijual oleh label BTS, Hybe menerusi aplikasi Weverse Shop sebelum ini mengundang kekecewaan di kalangan peminat disebabkan harganya yang terlalu mahal dan kelewatan penghantaran. Malah sesetengah produk itu juga dikatakan tidak berkualiti dan tidak setanding dengan harga jualan.
Pada Februari 2021, Kerajaan Metropolitan Seoul memberi amaran kepada para pengguna agar tidak menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat sebarang pembelian.
Foto: Big Hit Entertainment
Baca: Jin BTS Terima Pemberian Istimewa Daripada Vokalis Coldplay, Chris Martin