Musim konsert, ramai artis antarabangsa memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan mereka!
Konsert ialah acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat untuk melihat dan mendengar persembahan artis kegemaran mereka secara langsung. Walaupun negara kita pernah dihimpit dengan kontroversi dan provokasi oleh kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival Julai lalu, ia tidak menghalang artis lain untuk memilih Malaysia sebagai negara pilihan mereka membuat konsert.
Musim konsert semakin rancak, pencinta muzik semestinya ingin tahu tentang konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur. Jadi, di sini EH! senaraikan untuk anda!
1. 9Wave Music Festival
Bagi peminat K-Pop, ini berita akan menggembirakan anda! 9Wave Music Festival bakal diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 11 November 2023.
Barisan bintang K-pop yang bakal menggegarkan pentas ialah Hyoyeon daripada kumpulan Girls Generation, Xiumin daripada kumpulan ikonik EXO, Henry Lau dan ramai lagi.
2. Coldplay: Music of The Spheres 22 november 2023
Siapa tidak kenal kumpulan ikonik ini. Walaupun kumpulan Coldplay dibentuk pada 1997, mereka masih terkenal sehingga kini dengan lagu hit, ‘Yellow’. Penungguan para peminat kini berakhir, Coldplay akan hadir ke Malaysia buat pertama kalinya.
Siap sedia untuk malam ditemani bintang bersinar bersama Coldplay dan artis jemputan khas, Bunga di Stadium National Bukit Jalil pada 22 November 2023.
3. Johnny Orlando: The Ride
Penyanyi baharu, Johnny Orlando yang berusia 20 tahun ini terkenal dengan membuat cover lagu di Youtube. Setelah dikenali ramai, Johnny akhirnya mengadakan konsert jelajah pertamanya dan Malaysia antara salah satu negara termasuk di dalam senarai.
Johnny akan melangsungkan konsertnya pada 27 November 2023 di The Bee, Publika.
4. Yama: 1st Asia Tour ‘thanks for waiting’
Artis J-Pop, Yama akan melangsungkan jelajah Asia atas permintaan peminatnya. Penyanyi bertopeng itu akan menjelajah 5 negara Asia dan Malaysia ialah salah satu destinasinya.
Yama yang terkenal dengan lagu Haru wo Tsugeru, Oz, dan Moonwalker akan membuat persembahannya di Zepp KL pada 28 November 2023.
5. D4vd: Petals to Thorns Tour 2023
Penyanyi dan Penulis lagu, David Burke atau lebih dikenali sebagai D4vd pada mulanya terkenal di media sosial TikTok kerana bakat menyanyi dan mencipta lagu pada usia muda. Pemuzik berumur 18 tahun itu kini terkenal dengan lagu ‘Here With Me’, ‘Romantic Homicide’, ‘Sleep Well’ dan ‘This Is How It Feels’.
D4vd bakal mengadakan konsertnya pada 29 November 2023 di Zepp KL.
6. Joji: Pandemonium 2023 World Tour
Penyanyi dan penulis lagu, Joji akan kembali ke Malaysia buat kali kedua selepas persembahan pertamanya di Peakstorm Festival, Sunway Lagoon awal tahun ini.
Terkenal dengan lagu ‘Glimpse of Us’ dan ‘Die for You’, Joji akan mengadakan konsert solo pertamanya di Merdeka Hall, World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 30 November 2023.
7. James Arthur: Southest Asia Tour 2023
Penyanyi dan penulis lagu, James Authur terkenal dengan lagu cintanya, ‘Say You Won’t Let Go’, ‘Impossible’, ‘Car’s Outside’ dan banyak lagi. James akan menjelajahi Asia Tenggara dan Malaysia ialah salah satu negara pilihannya.
Siap sedia untuk menitiskan air mata, penyanyi itu akan mengadakan konsertnya di Zepp KL pada 3 Disember 2023.
8. Afgan: Live in Concert with Malaysian Philharmonic Orchestra
Atas sambutan dan permintaan ramai, Afgan kini kembali ke Malaysia setelah selesai membuat persembahan pada 1 Julai lepas. Menariknya, konsert bakal berlangsung ini akan diiringi oleh pemuzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) sebagai kelainan untuk peminatnya.
Penyanyi popular asal indonesia ini akan mengadakan konsert pada 2 Disember 2023 di Plenary Hall, KLCC.
9. One OK Rock: Luxury Disease Asia Tour 2023
Bagi peminat rock jepun, ini adalah satu peluang menarik untuk mendengarnya secara langsung! One OK Rock ialah kumpulan paling ikonik dengan lagu ‘Save Yourself’, ‘Stand Out Fit’ dan ‘Wherever You Are’.
Mereka kini hadir untuk menggegarkan Malaysia apabila konsert mereka sebelum ini dibatalkan akibat pandemik. Konsert itu akan berlangsung pada 15 Disember di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
10. Tilly Birds: Live in Malaysia
Kumpulan rock alternatif berasal dari Thailand, Tilly Birds akan melangsungkan konsert di Malaysia buat pertama kali. Membawa lagu hit mereka seperti ‘Same Page’, ‘Just Being Friendly’, dan ‘Broken’.
Terdiri daripada 3 ahli yang dibentuk semasa sekolah menengah, Third, Billy dan Milo akan mengadakan konsert mereka pada 4 November 2023 di The Exchange Hall, Kuala Lumpur.
11. Ed Sheeran: The Mathematics Tour
Edward Christopher Sheeran atau dikenali sebagai Ed Sheran ialah penyanyi dan penulis lagu terkenal dengan lagu ‘The Shaped of You’, ‘Photograph’, ‘Thinking Out Loud’ dan banyak lagi.
Ed Sheeran akan mengadakan konsert bersama tetamu undangan yang istimewa, Callum Scott pada 24 Februari 2024 di Stadium National bukit Jalil, Kuala lumpur.
Baca: 7 Patung Lilin Selebriti Hollywood Terburuk Dalam Sejarah