HYBE dan Source Music secara rasmi menamatkan kontrak Kim Garam sebagai ahli LE SSERAFIM pada hari Rabu, 20 Julai, kerana bintang K-pop itu menghadapi dakwaan buli.
“Kami memohon maaf yang setulus-tulusnya kepada peminat kami dan kepada mereka yang telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada kumpulan. Maaf kerana menimbulkan kebimbangan anda terhadap kontroversi yang melibatkan ahli,” kata HYBE dan Source Music dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.
Khabar angin tentang kes buli tercetus sebaik Garam diperkenalkan sebagai anggota kedua kumpulan gadis itu pada 5 April lalu.