Seorang netizen yang mendakwa mengenali Garam sejak zaman di Sekolah Menengah Kyeongin di Seoul berkata, idola itu mempunyai reputasi yang buruk kerana mengganggu rakan sekolah dan menghisap rokok. HYBE lantas menafikan tuduhan itu dengan menyiarkan kenyataan di Twitter Source Music pada 6 April lalu.
Isu itu timbul semula pada 16 Mei, apabila foto “Notis Keputusan Jawatankuasa Keganasan Sekolah” dengan nama Garam disenaraikan sebagai pelaku, tersebar di internet. Didakwa mangsa kejadian yang menggunakan nama alias, Yoo Eun Seo, tampil ke hadapan melalui firma guaman Daeryun untuk mengesahkan bahawa imej itu adalah benar.
[공지] 르세라핌 향후 활동 계획 안내 pic.twitter.com/OUZBSFgjeb
— SOURCEMUSIC (@SOURCEMUSIC) July 20, 2022