Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Hot FM
Media Prima terus utuh mengukuhkan lagi paksi mereka sebagai saluran media utama negara dengan menubuhkan sebuah lagi stesen radio baharu, yang dipanggil Kool FM yang dilancarkan di Sime Darby Convention Centre, Selasa lalu.
Mula beroperasi 3 Mac ini, stesen radio berbahasa Melayu ini boleh didengari melalui frekuensi 101.3FM di sekitar Lembah Klang dan 90.2FM di Pulau Pinang.
Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita mengejut Fara Fauzana meninggalkan Hot FM setelah sepuluih tahun bersana dan ramai yang menantikan perkhabaran mengenai stesen baru ini apabila empat penyampai Hot FM diumumkan akan berpindah ke stesen radio baharu.
Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairul Norliza Khairudin (Liza) akan muncul di stesen radio Kool FM ini nanti bersama beberapa lagi rakan penyampai baru iaitu Ezaq, Farid dan penyanyi Haiza yang kini sudah bergelar orang radio.
“Kami teruja untuk bersiaran dengan Koolfm yang mensasarkan pendengar berusia 22 tahun hingga 44 tahun yang sentiasa dahagakan informasi dan hiburan. Stesen radio ini akan memainkan lagu-lagu era 80-an, 90-an dan trak hits tidak kira tempatan atau antarabangsa dengan tambahan genre dangdut dalam playlist itu nanti. Kami sangat teruja untuk melancarkan stesen radio Kool FM kerana rangkaian stesen yang sudah agak lama iaitu Hot FM, Fly FM dan One FM hanya memfokuskan pada generasi Y. Jadi dengan stesen baharu ini, kami boleh menjadi lebih kreatif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul ketika berada di majlis pelancaran stesen radio baharu ini.
Di majlis yang sama, barisan baru Hot FM turut diperkenalkan kepada media dengan penyertaan Haziq dan Ajak Shiro di Geng Pagi Hot bersama Fizie, Muzik Hot bersama Tun Nadia dan Rea serta Jam Hot bersama Issey, Deen dan Ammar.