Dia memadankan gaun tersebut dengan sarung tangan tulle dan kasut tinggi renda. Travis turut menggayakan sut rekaan khas Dolce & Gabbana.
“Membuat rekaan gaun perkahwinan saya bersama Domenico dan Stefano ibarat mimpi menjadi nyata dalam segala aspek,” katanya merujuk kepada pereka jenama itu, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana.
Vogue melaporkan pasangan itu menghadiri sesi fitting terakhir di atelier Dolce & Gabbana bersama Domenico di Milan seminggu sebelum majlis berlangsung.
Foto: Instagram
Baca: Kourtney Kardashian and Travis Barker Akhirnya Sah Kahwin