Pasangan selebriti, Justin Bieber dan Hailey Bieber terang-terangan tidak menghormati umat Islam yang sedang menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Menerusi satu wawancara yang dimuat naik di media sosial, pasangan itu berkongsi pendapat mengenai aktiviti berpuasa di Ramadan. Dengan penuh kejahilan mereka mempersenda dan melontar pandangan berbaur kebencian tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Muslim di seluruh dunia.
Justin berkata dia perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk tidak makan dan minum sepanjang hari. “Saya kena fikirkannya secara mendalam terlebih dahulu. Saya tidak pernah melakukannya. Pada pendapat saya badan kita memerlukan nutrisi untuk berfikir dengan baik.”
Hailey pula menyifatkan tindakan menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga seharian adalah perbuatan tidak masuk akal. “Kalau berpuasa daripada televisyen atau telefon bimbit, itu saya percaya. Tetapi berpuasa makanan, bagi saya ia tidak masuk akal. Lainlah jika berpuasa daripada benda-benda manis atau gula.”