Kejahilan Justin Bieber & Hailey Mengundang Kecaman Dunia
Komen dangkal pasangan selebriti itu mencuri perhatian netizen di media sosial khususnya netizen beragama Islam. Model dan aktres Bollywood, Gauahar Khan menyelar Justin serta Hailey dan menggelar mereka ‘dungu’ menerusi satu perkongsian di Instagram Story.
“Ini membuktikan betapa bebalnya mereka. Kalaulah mereka tahu sains di sebaliknya dan manfaat berpuasa terhadap kesihatan. Gali lebih banyak ilmu @justinbieber dan @haileybieber. Tak salah berkongsi pendapat, tetapi jadi lebih bijak dan pastikan ia betul.”
@thesanzworld Justin and Hailey bieber make fun of fasting #fastingforhealth #ramadan #thesanzworld #celebjuice #justinbeiber #haileybieber #theydontgetit #ohdear #fyp
Netizen turut mengesa pasangan itu mempelajari lebih mendalam tentang ibadah puasa dan menghormati bulan suci Ramadan. “Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan betul dan belajar mengenai puasa.”
“Saya seorang Muslim yang membesar dengan lagu-lagu Justin. Saya amat mengaguminya, tapi cara dia mempersenda Ramadan membuatkan saya kecewa. Saya harap dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan menggunakan akal untuk berfikir sebelum berkata apa-apa.”
“Buat pengetahuan kalian, saya tidak bersahur semalam, jadi ini bermakna saya telah berpuasa selama 20 jam. Saya okey sahaja kerana tubuh saya telah terbiasa. Saya rasa anda perlu membaca banyak jurnal ilmiah mengenai puasa. Oh, jangan lupa ajak isteri membaca bersama. Salam Ramadan!”
Baca: Justin Bieber Kecewakan Peminat Dengan Pengumuman Terkini