Untuk mula mempromosikan kemunculan semula, Six Bomb mengeluarkan single baharu, “Getting Pretty Before,” yang dengan cepat mendapat perhatian daripada media. Seperti tajuknya, video muzik itu memaparkan ahli Six Bomb mendapatkan rawatan muka dan kemudian menghadiri klinik pembedahan plastik, menunjukkan “sebelum” transformasi mereka.
Untuk mengusik peminat lagi, Pace Maker Entertainment mendedahkan bahawa kumpulan itu telah membelanjakan ₩100 juta KRW (kira-kira RM300,000) untuk pembedahan plastik kepada keempat-empat ahli.
Soa, Gabin, dan Dain dibelanja penuh ‘membaiki’ seluruh badan yang menelan kos 95 juta manakala, Seulbi hanya melakukan pembedahan plastik pada hidungnya. Dilaporkan keempat-empat ahli dengan rela hati bersetuju untuk menjalani pembedahan dengan persetujuan ibu bapa mereka.
Artikel terkini: 10 Selebriti Korea Wanita Tanpa Pembedahan Plastik