Kumpulan pop Korea tersohor, ITZY dipilih menjadi wajah global bagi jenama kosmetik nombor satu dunia (juga di Malaysia), Maybelline.
Nampaknya pengaruh bintang pop Korea terus menguasai, kerancakan juga pengaruh budaya pop Korea ini diteruskan dengan perlantikan kumpulan pop tersohor ITZY sebagai duta global bagi kosmetik ternama, Maybelline.
Label kosmetik berrpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu mengumumkan perlantikan Yeji Lia, Ryujin, Chaeryeong dan Yuna sebagai jurucakap Maybelline sebaris dengan wajah terkenal lain seperti supermodel Gigi Hadid dan aktres Storm Reid.
Bagi ITZY, pemilihan mereka sebagai wajah global satu jenama kecantikan nombor satu dunia adalah satu peluang terbaik untuk mereka mendekati peminat juga komuniti dalam menghebahkan nilai-nilai positif. “Ini adalah ruang untuk kami mengingatkan semua wanita tentang keyakinan dan keberanian, ia semua ada di dalam setiap diri kita,” kongsi ITZY.
ITZY ditubuhkan pada tahun 2019 oleh JYP Entertainment dan nama mereka mula meletus menerusi single debut mereka yang berjudul ‘Dalla Dalla’ yang mana lagu ini berjaya menduduki tempat kedua di carta YouTube Billboard termasuk menjadi juara di carta iTunes di beberapa negara. Setakat ini ITZY sudah pun melancarkan empat buah album dan karya mereka ini telah menghadiahkan mereka pelbagai anugerah. Bulan lalu mereka melancarkan album terbaru berjudul ‘Guess Who’. Mereka juga mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu ‘100 Hours of Romantic Travel “Paris et Itzy’ yang ditayangkan pada awal tahun 2020.
Menurut Trisha Ayyagari, presiden jenama global Maybelline New York, ITZY memiliki dinamik yang kuat sama ada sebagai satu kumpulan mahupun setiap individu kumpulan tersebut. “ITZY memperjuangkan semangat cintakan diri sendiri, keperibadian dan ekspresi diri kepada peminat dan komuniti global mereka. Semangat mereka sangat kuat dan saya amat teruja untuk membawa nilai-nilai ini ke Maybelline,” jelasnya.
Artikel Berkaitan: BTS Tayang Warna Rambut Baharu Sempena Pelancaran Butter